Pada 7 Nov 2012, hari yang sungguh relax ini (sebab bru jer abis mid exam..hikhik) telah tercetusnya niat aku dan 2 orang kawan aku iaitu salwa dan mira nak melawat skybridge dan petrosains KLCC. Dah dekat 4 thn belajaq dekat ''Key el '' tapi tak pergi jugak nk g melawat 2 tempat ni...sungguh rugi !!
Pada awal langkahku...aku terserempak dengan kawan biomed ak bersama binatang yang kiut dan aktif ni...comel kan3??? hehe. ni mencit bukan tikus ok..aku diberitahu depa depa yang kiut miut ni adalah digunakan untuk kajian anti malaria...errr kajian apakah ini ??? tetttttt lupa nak tanya lebih lebih.
Bila sampai jer dkt KLCC, terus tanya kat information counter..
Me : Encik encik, dkt mana ek tempat beli tiket,
En : ok, cik kluar dari pintu, belok kanan, terus dan akan jumpa pintu tengah
Me : ooo okok .trima kasih( buat buat tahu padahal dalam hati >>>kat mana plak pintu tgh nihhh )
Aku dan member member ku teruskan kaki mencari pintu ''tengah''..ktorg redah masuk jer pintu yang dirasakan ''tengah'' ....akhirnya betul...nila tiket utk 3 org..harga sorang RM20 hinggit..( time time free dolu dolu tak maw p , time bayor baru nak p..untungla..hakhak)
Sebelum masuk gate..Sempat lagi ambik gambor replica Twin tower KLCC.. dan secara sedar atau pun tidak sedar hanya aku dan member aku dua orang jer orang Malaysia, yang lain sume tourist...Oppss terasa bangga sebab mewakili rakyat Malaysia harini tapi rsa sedyh sebab knp hanya kami 3 org jer??? sikit bebenor...adakah disebabkan hanya kami jer yang ketinggalan tak naik lg skybridge tuuuu...eeuuuwww i 've no idea on that. eheh.
Orait, sekarang ni dah ada dekat atas skybridge, mula mula sampai, da sedikit taklimat berkaitan skybrigde. Jambatan ni upenyer teletak di tingkat 41 dan 42..tingkat 41 khas untuk pengunjung, tingkat 42 plak khas untuk pekerja twin tower untuk bergerak dari bangunan 1 ke bangunan 2...
Seterusnya...jambatan ini terletak 170m dari aras jalan dan panjangnyer 58.4m dan berat adaah 750, 000kg. Kami dibenarkan berposing posing dkt atas jambatan tuuu utk 15minit sahaja....baiklah encik !!.. ^_^ hehe
Ni antara gambor gambor yang sempat di klik klik dalam masa 15 minit.... ^_^
Gambor bandaraya kuala lumpur........kemas dan teratur jer kereta kereta tu beratur dkt tgh jalan...
Ni plak gambor taman KLCC..cantik kannnnn....
Ahha ni bergambor bersama 2 orang Dr gigi dari India...lupalah nama tempat nye dkt mana, abis diaorg komen pasal gigi ktorg kotttt....terima kasih la Dr...korang perasan tak Dr sebelah Mira tu mcm pernah berlakon jer dalam filem tamil..mcm la...kot kot aku ni perasan jer lebih.
Ni gambor kepala twin tower...
Ni gambor badan dia plak..hehe..korang gayat takk???
Twin tower kiter ni pernah jadi bangunan tertinggi di dunia sebelum wujudnyer Taipei 101.. Twin tower 88 tingkat kiter ni sebenarnya direka oleh Cesar Pelli dari Argentina dan telah siap dibina pada tahun 1998 ( 7 tahun nak siap oo00o) dan upenyer ia dibina di atas tapak lumba kuda KL Kalo korang perasan reka bentuk KLCC ni bermotifkan kesenian islam, motif tu boleh kita tgk dari segi keratan rentas kedua dua menara....ado nampak ker idok ???
Menara 1 dibina oleh : konsortium Jepun ( Hazama Corporation)
Menara 2 dibina oleh : 2 kontraktor Korea Selatan ( Samsung C & T dan Kukdong Engineering & Construction)
Ni plak gambor pemandangan bangunan Key El..hehe
--------------------------------------------------THE END ----------------------------------------------
Ok now nak tutup crita pasal twin tower. kita bukak crita pasal petrosains.....tak byk crita dan gambor pown pasal petrosains nihh
Tempat ni sesuai sgt di kunjungi oleh generasi muda zaman skrg , kalo nak dibandingkan dgn tmpt2 hiburan lain, sbb tempat tempat mcm nilah boleh membuka minda generasi muda untuk berfikir sacara kreatif dan inovatif, mencabar minda mereka di usia muda dengan game dan info yang bermanfaat seterusnya menanam minat dan cita cita untuk mencipta sesuatu pada masa akan datang. ok that's oll...I dah penat berceloteh...sekian...
0 comments:
Post a Comment